Kenapa daging Wagyu tinggi harganya?

Jika anda mencari daging lembu yang terbaik di pasaran, anda mesti memilih 100% Fullblood Wagyu Beef. Ini merupakan baka 100% Wagyu asli tanpa dikacuk dengan baka lain.

Ciri ciri daging ini mempunyai tekstur marbling yang tinggi (lapisan lemak tak tepu di antara dagingnya), rasa yang penuh nikmat, dan khasiat kesihatan yang lebih baik berbanding daging daging yang lain. Oleh kerana kualiti ini yang tiada pada baka lembu lain, lembu ini diternak khas dan dikawal pemakanannya agar berkualiti tinggi dan harganya agak tinggi berbanding daging komersial yang lain.

1.Tekstur Marbling yang menakjubkan.

Daging Wagyu terkenal dengan tekstur marbling yang unik. Marbling ini memberi rasa yang penuh nikmat juga meninggikan nilai potongan daging tersebut. Marbling adalah petunjuk pada kualiti daging wagyu.

Semakin banyak marbling, semakin tinggi skor marbling dan semakin tinggi harga potongan daging tersebut. Marbling adalah lapisan lemak di antara daging yang memberikan rasa lemak dan enak apabila dimasak kepada daging tersebut.

Marbling juga membuatkan daging ini cair dimulut dan lembut apabila dimakan.

2.Faedah kesihatan terbaik.

Daging lembu Wagyu mempunyai faedah kesihtan yang baik. Nisbah monounsaturated fatty acids (MUFA) dalam daging ini adalah lebih tinggi daripada jenis lain. Kandungan MUFA yang tinggi membantu mengawal dan mengurangkan kolesterol LDL tanpa mengurangkan kolesterol “baik” HDL.

Ia juga dikatakan dapat meningkatkan metabolism, lebih mengenyangkan berbanding daging lain, tiada kolesterol, mencegah penyakit barah (kanser) dan juga membantu kawalan insulin (sesuai untuk penyakit kencing manis atau diabetes).

3. Keunikan.

Sememangnya 100% Fullblood Wagyu Beef adalah kategori potongan daging mewah. Ini kerana, kuantiti daging ini hanya boleh didapati secara terhad. Sebagai contoh, daging wagyu dari ladang ternakan Blackmore Wagyu Australia, hanya 30 ekor lembu wagyu disembelih sebulan untuk pasaran seluruh dunia termasuk Malaysia.

Hanya satu pembekal sahaja dilantik di Malaysia untuk pasaran di sini. Bayangkan stok yang masuk ke Malaysia terhad dan stok yang sama dibahagi bahagikan antara restoran dan hotel.

 4. Penjagaan yang sangat teliti.

Ternakan lembu Wagyu ini memerlukan penjagaan khas dan kesabaran. Baka khas ini dilahirkan dengan ‘marbling gen’ iaitu komponen unik DNA untuk membentuk tekstur marbling  pada daging.

Untuk pembentukan yang sempurna, ternakan ini dibesarkan dengan teliti, mengurangkan tekanan terhadap ternakan sebanyak mungkin, dijaga oleh penternak yang pakar, dan diberikan diet khas. Wagyu hanya diberi makan bijiran berkualiti tinggi, protein sayuran, dan makanan ternakan khas.

Diet khas ini menuntut kos yang agak tinggi berbanding ternakan lembu konvensional yang lain yang selalunya diberi makan jagung.

Rupa rupanya keadaan tenang, penjagaan yang baik dan persekitaran tidak stress adalah kunci utama pembentukan marbling yang baik.

 

Comments

comments

Share This

Share This

Share this post with your friends!