7 tip makan Lobster dengan betul (panduan visual)

Ingin mengetahu bagaimana menikmati lobster sebaiknya?

Lobster selalu dikaitkan dengan menu elit kerana sepinggan lobster boleh mencecah harga beratus ringgit. . Untuk yang pertama kali mencuba, mungkin kelihatan agak kekok! Berikut adalah 7 tip panduan visual yang boleh digunakan apabila anda menikmati lobster sebaiknya. Anda kini boleh makan lobster dengan yakin.

1. Guna tangan!

credit: Food52

  • Sebaiknya nikmati lobster menggunakan tangan. Pastikan anda basuh tangan bersih terlebih dahulu. Jika ada bib, pakai bib terlebih dahulu.
  • Jangan merasa anda ganjil walaupun berada di restoran makanan barat yang menggunakan sudu, garfu atau pisau. Memang cara terbaik menikmati lobster adalah menggunakan tangan.
  • Abaikan mereka yang berada di sekeliling meja anda. Fokus pada pinggan anda dan jom kita mulakan.

2. Patahkan sepit!

credit: Woodman’s

  • Lobster dari baka yang terbaiknya selalunya mempunyai sepit yang besar. Sepit tersebut mengandungi isi. Pusingkan dan patahkan sepit lobster. Pisahkan sepit tersebut dari badan lobster.

3. Pecahkan sepit itu!

credit: New England Travel – About.com

  • Pihak restoran akan menyediakan ‘lobster cracker’ di meja apabila anda memesan hidangan lobster. Gunakan peralatan tersebut untuk memecahkan sepit lobster tersebut.
    Awas! Jangan gigit sepit tersebut.

4.Keluarkan isi putih!

CREDIT: www.lechefsblog.com

  • Apabila kulit lobster telah pecah, isi putih akan kelihatan di sebelah dalam. Keluarkan isi tersebut menggunakan garfu atau spatula (jika ada).
  • Anda boleh memilih untuk makan terus isi tersebut. Atau letak tepi dahulu dan kumpulkan bersama isi utama yang terletak di bahagian badan. Atau anda boleh terus celup ke dalam sos garlic butter yang so yummeh!

5.Menikmati isi utama

  • Inilah masanya menikmati isi utama lobster yang terletak di badannya. Isi lobster berwarna putih, lembut dan lemak manis. Anda boleh memilih dua cara iaitu mengeluarkan isi dan celup ke dalam gravy (jika gravy diasingkan) atau tuangkan gravy ke atas isi lobster. Gunakan garfu untuk menarik keluar isi lobster tersebut.
  • Ada lobster yang dibelah dua ketika dimasak. Ianya lebih mudah dimakan. Jika tidak, anda perlu cabut ekornya dahulu kemudian tolak isi dari bawah dengan menggunakan jari.

    Restoran yang baik yang memudahkan pelanggannya untuk menikmati lobster akan membelah dua badan lobster.

6.Kaki kaki kecil.

credit: New England Travel – About.com

  • Sesudah berusaha keras menikmati isi lobster, jangan lupa mengakhirinya dengan menghisap manisan manisan isi lobster yang terdapat pada kaki kaki kecil lobster. Perlahan lahan, tanggalkan satu persatu kaki kaki kecil tersebut dan nikmatinya. Percayalah, ada isi yang manis yang lazat yang tak boleh ditinggalkan.

7.Bersihkan semuanya.

credit:Today Show

  • Kami telah berkongsi bahawa ada isi yang manis di kaki kaki kecil lobster. Seperti yang anda bayangkan, bukan mudah menikmati bibit bibit terakhir hidangan lobster ini. Teknik terbaik adalah menggigit hujung kaki untuk melonggarkan isinya, celup kaki ke dalam sos garlic butter, maka hisaplah manisan udang ini bersama lemak masin gravy tersebut.

Tahniah, anda kini telah menikmati sepinggan hidangan lobster yang dikategorikan sebagai antara hidangan paling mewah di dunia. Anda pasti tidak akan boleh lupa perasaan menikmatinya buat pertama kali. Percayalah, anda akan cuba untuk menikmatinya lagi pada masa akan datang.

Comments

comments

Share This

Share This

Share this post with your friends!